Beach

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada hari ini saya masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bernafas pada hari ini dan alhamdulillah pada hari ini juga saya diberi ruang dan kesempatan untuk menyambung menulis blog ini. 

Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang pantai-pantai yang terdapat di Kuala Terengganu. Terengganu sememangnya dikenali dengan Bandar Persirir Pantai disebabkan dengan keindahan pantai yang terdapat di sekitar kawasan di Terengganu. 

Memandangkan saya menetap di daerah Kemaman, jadi saya menceritakan tentang pantai di daerah saya dahulu :) 

Pantai yang selalu saya dan keluarga berkunjung sama ada untuk berkelah atau sekadar mengambil angin adalah Pantai Penunjuk Kijal. Pantai ini terletak di kawasan Kijal. Kebetulan terdapat mak saudara saya tinggal di kawasan itu. Ketika saya masih bersekolah, saya pernah bermalam di rumah mak saudara saya itu kerana ketiadaan mak saya di rumah kerana terdapat urusan kerja yang perlu dibereskan oleh mak saya. Kenapa saya bercerita tentang tidur di rumah mak saudara ?

 Hal ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika saya ingin melelapkan mata. Semasa ingin melelapkan mata, saya dengar sesuatu. Korang tahu tak apa yang saya dengar ? Saya dengar bunyi pantai. Bunyi ombak. Korang boleh bayangkan tak jauh ke dekat rumah mak saudara saya dengan kawasan pantai ? Tentulah dekat sebab saya dapat mendengar bunyi deruan ombak. Akhiranya saya terlelap ditemani dengan bunyi ombak.

Jadi di sini saya tampilkan beberapa keping gambar pantai Penunjuk Kijal.



Terdapat batu besar di kawasan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

Masjid Putih

BOT PENAMBANG