Rantau Abang


Salah satu pantai yang popular di Terengganu adalah Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun.
Kebiasaannya musim penyu bertelur adalah antara bulan Mac hingga Ogos. Dan pantai ini bakal dikunjungi oleh penyu belimbing dan penyu agar pada waktu malam.

Tempat Menarik Di Rantau Abang

1. Pantai Rantau Abang
Pantai Rantau Abang sering dikunjungi orang ramai kerana pantainya yang cantik, airnya yang jernih serta sesuai untuk aktivti mandi manda serta berkelah. Jika anda bernasib baik, anda boleh berjumpa dengan penyu yang mendarat untuk bertelur.
2. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang
Pusat ini mula beroperasi sejak tahun 1985. Dan pada tahun 1989 Pantai Rantau Abang diisytiharkan sebagai Santuari Penyu Rantau Abang. Spesies penyu yang sering mendarat di sini adalah Penyu Belimbing(Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea).
Di pusat ini anda boleh melihat beberapa ekor penyu dewasa dan juga anak penyu yang dipelihara di pusat ini.
Anda juga boleh melihat sendiri tempat penetasan telur penyu yang dibuat untuk tujuan kajian dan pemeliharaan.
3. Batu Penyu
Antara tempat menarik lain di Rantau Abang adalah Bukit Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa, Dungun.
Batu Penyu menurut mitos berasal daripada seekor penyu betina yang mendarat di Pantai Rantau Abang. Penyu tadi dikatakan merayau mencari suatu haruman yang datang dari sebatang pokok. Disebabkan terlalu leka penyu itu tersesat hingga ke Bukit Che Hawa. Penyu tadi tidak sedar hari telah menjelang subuh. Akhirnya ia bertukar menjadi batu kekal sehingga sekarang.
Jika anda ke sana, masih ada bentuk batu yang berbentuk seakan-akan penyu. Namun disebabkan tiada penjagaan rapi batu tersebut telah merekah dan pecah.
Kini kemudahan seperti tangga, tempat rehat serta batu berbentuk penyu telah dibina tempat khas yang berpagar agar tempat ini terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

Masjid Putih

BOT PENAMBANG