BOT PENAMBANG

Bot penambang? Apa itu bot penambang? Bot itu tahulah bot tapi penambang itu apa? Mesti awak semua tertanya-tanya apa itu bot penambang, apa kegunaaan bot penambang, macam mana rupa bot penambang ini. Kan ?

Haaa.. inilah rupa bot penambang tu





Ini pula jeti bot penambang yang berada di Seberang Takir





Bot penambang satu nama yang tak asing bagi orang Seberang Takir, Sebab apa? 
Sebab Jeti Bot Penambang ini terletak di Kampung Seberang Takir yang terkenal dengan aktiviti pemprosesan keropok lekor, ikan kering dan batik. Menariknya harga yang ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.

Selain digunakan untuk menghantar penumpang ke bandar, bot penambang ini juga menyediakan perkhidmatan untuk mengelilingi Sungai Terengganu pada harga yang jauh lebih murah. Dengan menaiki bot penambang ini, para penumpang boleh menikmati keindahan Sungai Terengganu malah mereka dapat melihat keunikan kawasan sekitar Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal dengan lebih dekat dari sudut pemandangan yang berbeza.


Sekian dahulu blog saya untuk hari ini. Saya ingin bercerita tentang makanan yang popular di Terengganu pula 😍

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

Masjid Putih