Masjid Putih

Berbalik kepada kisah masjid, selain masjid Kristal, masjid putih turut
terkenal di Terengganu. Apa yang menariknya masjid putih ni ? 





Masjid Putih atau juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar merupakan salah satu masjid yang unit dan berusia sekitar lebih 200 tahun yang dibina tanpa sebarang penggunaan tiang dan kemudian telah diubahsuai dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini masjid ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan dan pembesaran dari segi struktur binaan untuk menampung jemaah sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya untuk solat jumaat.



Dengan kemudahan dewan solat yang lebih besar, tempat wuduk dan tandas yang lebih selesa menjadikan masjid ini pilihan utama penganut agama Islam di sekitar bandar Kuala Terengganu mahupun para pelancong yang datang ke Terrngganu untuk solat, dengan lokasinya berhampiran Trrminal Bas Utama, Pasar Payang, Istana Maziah dan Taman Syahbandar menjadikannya mudah untuk dikunjugi. Jadi jangan lupa jika anda ke Terengganu, datanglah berkunjung ke masjid ini. Di samping dapat menunaikan solat, anda boleh lihat keunikan senibina yang ada pada masjid ini yang mana di persekitaran masjid anda akan dapat melihat makam-makam diraja Kesultanan Terengganu.


Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

BOT PENAMBANG