Food

Bila bercerita tentang makanan, pasti akan membuatkan semua orang lapar 😅. Yelah siapa boleh hidup tanpa makanan. 

Bila bercerita tentang makanan juga pasti semua orang mempunyai makanan kegemaran masing-masing atau orang putih kata favourite food. So apa makanan kegemaran korang ? Adakah 'western food'? Atau makanan yang popular di negeri masing-masing ? Haa bercerita tentang makanan popular di negeri korang , negeri saya turut mempunyai makanan yang popular. Ini adalah antara 5 makanan popular di negeri Terengganu.


1 - Keropok Lekor
Sebut je Keropok Lekor pasti akan terbayangkan Terengganu kerana sememangnya keropok lekor berasal dari negeri Terengganu. Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Keropok akan akan diuli terlebih dahulu dan digentel sebelum direbus didalam air panas. Kemudian boleh goreng dirumah.


2 - Nasi Dagang 
Nasi Dagang biasanya dijadikan sarapan pagi atau dijadikan santapan ketika majlis kenduri. Nasi Dagang kebiasaannya dihidangkan dalam daun pisang dengan kuah dan ikan yang biasa digunakan adalah ikan aya hitam (ikan tongkol). Cubalah, pasti nak lagi.


3 - Ketupat Sotong
Hidangan Ketupat Sotong sememangnya sentiasa dirindui oleh anak Terengganu yang merantau ditempat orang. Jaranglah anak Terengganu tak suka Ketupat Sotong ni. Sotong disumbat dengan beras pulut dan dimasak dengan santan. Rasanya sangat lemak dan enak sekali.


4 - Laksam
Laksam diperbuat dari tepung beras dan dimakan dengan kuah lemak. Sama seperti laksa cuma bezanya adalah bentuknya yang leper dan bergulung.



5 - Ikan Singgang
Orang Terengganu kalau tak pandai masak ikan singgang Terengganu memang pelik. Ini kerana ikan singgang mahu pun daging singgang merupakan makanan kegemaran rakyat Terengganu. Nak masak singgang ni pun sangat mudah dan cepat. Mungkin di negeri lain, masakan ni dipanggil masakan Pindang.


Sebenarnya ada banyak lagi masakan yang sedap-sedap dan terkenal di Terengganu selain senarai di atas, antaranya seperti Nasi Lemak Ikan Tongkol, Otak-otak, Sata, Satay Ikan, Bronok Sagu,Pulut Lepe, Puteri Mandi, Kayu Keramat, Nasi Kapit Sambal, Tok Aji Serban, Beke Ubi Kayu, Tepung Gomok, Nganang dan macam-macam lagi lah. 

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

Masjid Putih

BOT PENAMBANG