Island

Pasal makanan di Terengganu saya dah cerita. Pasal masjid kristal pun dah cerita. Pasal pantai pun dah cerita. Hari ni saya nk kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya ini tentang pulau-pulau yang terdapat di negeri Terengganu. Kebanyakan ibu bapa akan membawa anak-anak mereka bercuti di pulau apabila tibanya musim cuti sekolah. Di sini saya cadangkan beberapa pulau yang menarik yang terdapat di negeri Terengganu dan saya sertakan dengan gambar;
6 Destinasi Pulau Yang Cantik Di Terengganu
1. Pulau Perhentian


Pulau Perhentian ini terletak kira-kira 19 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Dan terbahagi kepada 2 pulau, iaitu pertama, Pulau Perhentian Kecil dan yang kedua ialah Pulau Perhentian Besar.
Pulau Perhentian ini pernah tersenarai (Tempat ke-13) sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhatian adalah seperti ‘Scuba’‘Snorkeling’‘Parasailing’‘Jungle Trekking’ dan juga mandi-manda di persisiran pantai.
2. Pulau Redang





Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan (9) buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.
Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang suka berenang, snorkelingscuba diving, dan jungle trekking. Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pulau kegemaran bagi mereka yang bercadang untuk honeymoon.
3. Pulau Lang Tengah








Pulau Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah berada kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan kira-kira 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.
Anda boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut. Dan jadual perjalanan bot adalah pada waktu pagi dan tengahari sahaja.
4. Pulau Kapas









Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas.
Pulau Kapas pula terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu dan kalau nak ke sini anda perlu menaiki bot di jeti di Marang. Pulau Kapas ini hanya 2 km panjang dan lebarnya pula sekitar 1 km.
Pulau Kapas juga sering menjadi lokasi bot untuk bercandat sotong terutamanya pada bulan Jun dan Julai.
 5. Pulau Gemia





Mungkin ramai belum mengenali Pulau Gemia ini. Bagi yang belum mengenalinya, di sini kami sediakan sedikit informasi tentang Pulau Gemia. Pulau ini terletak 800 Meter dari Pulau Kapas dan jaraknya hanya 5KM dari tanah semenanjung.
Pulau Gemia tidaklah sebegitu popular seperti Pulau Perhentian atau Redang, tetapi pulau ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini dengan adanya pulau yang berbatu diliputi dengan kehijauan pokok dan kerjenihan air.
Perjalanan ke sana akan mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu. Di sana hanya terdapat satu penginapan sahaja iaitu Gem Wellness Spa & Resort.
6. Pulau Tenggol











Pulau Tenggol merupakan satu lagi pulau yang sangat cantik yang hanya terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun.
Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi mereka untuk menyelam. Dahulunya pulau ini tidak popular dan tidak berpenghuni namun kini mempunyai beberapa hotel dan resorts yang selesa untuk pelancong.
Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam.
Cubalah datang dan merasai sendiri keindahan pulau di Terengganu. Anda pasti tidak menyesal !


Comments

Popular posts from this blog

Tasik Kenyir

Loghat ganu

Rantau Abang