Posts

China Town

Image
Mendengar berita tentang Kampung Cina Kuala Terengganu yang telah berubah wajah, telah memberi dorongan yang agak kuat untuk aku ke situ. Aku bersama keluarga dan beberapa orang adik ipar yang semuanya tinggal di luar Terengganu kerana berkerja dan belajar telah ke  sana  untuk melihat sendiri perubahan kepada Kampung Cina. Lorong warisan dunia Kampung Cina Kampung Cina Kuala Terengganu ataupun turut dikenali sebagai Kuala Terengganu China Town oleh pelancong luar terletak di sepanjang Jalan Bandar (dahulunya dikenali sebagai Jalan Kampung Cina) di muara Sungai Terengganu, sungai yang mengalir ke Laut China Selatan. Muara sungai yang telah dibina semula Anda boleh menyewa bot-bot yang berlabuh di jeti Kampung Cina ini untuk melihat sekitar Bandaraya Kuala Terengganu melalui laut dan juga untuk ke pulau-pulau berhampiran. Kampung Cina terletak bersebelahan dengan  Pasar Kedai Payang  yang terkenal dengan kain dan pakaian tempatan seperti songket batik dan sebag

Loghat ganu

Haii guys. Hari ni saya nk kongsi beberapa loghat ganu. Yelahh bila pergi mana-mana mesti orang dari negeri lain akan cakap ganu dengan meletakkan huruf 'g' di belakang. Sebagai contoh ikan akan menjadi ikang, ayam menjadi ayang. Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa loghat ganu yang sering digunakan oleh orang ganu semestinya .  Sedak- sedap Unik bukan ? Loghat ganu kebanyakannya ditambah di belakang perkataan untuk menujukkan betapa mendalamnya maksud sesuatu itu. Sebagai contoh hitam legang dan buruk lepok(seperti yang terdapat di atas). Semoga bermanfaat. Seke- sangka Hitam legang- hitam (menunjukkan betapa hitamnya sesuatu itu) Dooh / nebeng- keterlaluan Neting- melompat Bowok- bawa Bowoh- bawah Ane- mana Masam rebang- masam mencuka Dok rok cetong- tak kuat langsung Nyaknye- kesian Bakpe- kenapa Derah- cepat/laju Koho- makin Saing- kawan/member Buruk lepok- buruk yang terlampau buruk

Rantau Abang

Salah satu pantai yang popular di Terengganu adalah Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun. Kebiasaannya musim penyu bertelur adalah antara bulan Mac hingga Ogos. Dan pantai ini bakal dikunjungi oleh penyu belimbing dan penyu agar pada waktu malam. Tempat Menarik Di Rantau Abang 1. Pantai Rantau Abang Pantai Rantau Abang sering dikunjungi orang ramai kerana pantainya yang cantik, airnya yang jernih serta sesuai untuk aktivti mandi manda serta berkelah. Jika anda bernasib baik, anda boleh berjumpa dengan penyu yang mendarat untuk bertelur. 2. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang Pusat ini mula beroperasi sejak tahun 1985. Dan pada tahun 1989 Pantai Rantau Abang diisytiharkan sebagai Santuari Penyu Rantau Abang. Spesies penyu yang sering mendarat di sini adalah Penyu Belimbing(Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys ol

Pasar Payang

Kenali Pasar Besar Kedai Payang Pasar Besar Kedai Payang merupakan salah satu tarikan pelancong di negeri ini.  Terdiri dari sebuah  Kompleks Bangunan dua tingkat di tebing sungai Terengganu.  Lokasinya yang strategik di muara sungai ini menjadikan pasar ini sentiasa sibuk sejak dari dahulu hinggalah kini. Namanya yang unik.....'Kedai Payang', adalah dikatakan diperolehi daripada nama sejenis perahu  yang sering digunakan oleh nelayan di negeri Terengganu sejak dahulu lagi iaitu  perahu payang.   Hasil tangkapan ikan oleh nelayan di pasarkan di pasar ini yang kemudiannya terus mendapat nama Pasar Payang atau orang Terengganu sebut Kedai Payang.  Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan nama Kedai Payang ini diperolehi daripada nama  tempayan  yang disebut dalam dialek Terengganu sebagai  'payang '.  Walau apapun namanya diberi, pasar utama di Kuala Terengganu ini tetap  unik dan menarik  dengan pelbagai jenis barangan yang diniagaka

Masjid Putih

Image
Berbalik kepada kisah masjid, selain masjid Kristal, masjid putih turut terkenal di Terengganu. Apa yang menariknya masjid putih ni ?  Masjid Putih atau juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar merupakan salah satu masjid yang unit dan berusia sekitar lebih 200 tahun yang dibina tanpa sebarang penggunaan tiang dan kemudian telah diubahsuai dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini masjid ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan dan pembesaran dari segi struktur binaan untuk menampung jemaah sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya untuk solat jumaat. Dengan kemudahan dewan solat yang lebih besar, tempat wuduk dan tandas yang lebih selesa menjadikan masjid ini pilihan utama penganut agama Islam di sekitar bandar Kuala Terengganu mahupun para pelancong yang datang ke Terrngganu untuk solat, dengan lokasinya berhampiran Trrminal Bas Utama, Pasar Payang, Istana Maziah dan Taman Syahbandar menjadikannya mudah untuk dikunjugi. Jadi jangan lupa jika anda ke

Tasik Kenyir

Image
Dari darat kita ke kawasan air pula. Selain daripada pulau dan pantai yang cantik, negeri Terengganu turut terkenal dengan tasik buatan iaitu Tasik Kenyir. Tasik Kenyir bukanlah tasik semulajadi sebaliknya Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia. Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.  Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hu